fbpx

Budak empat tahun kritikal diberi methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun kritikal selepas dipercayai diberi dadah jenis methamphetamine dalam kejadian di Kuala Krai dekat sini semalam.

Kejadian itu disedari oleh ibunya kira-kira pukul 5 pagi semalam apabila mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah dan muka bertukar biru sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail Petra(HSIP), Kuala Krai untuk menerima rawatan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan maklumat wanita itu, bapa saudara mangsa telah membawa kanak-kanak tersebut keluar pada oleh bapa saudaranya sebelum dihantar pulang dalam keadaan lemah.

Menurutnya, pemerhatian ibunya turut mendapati wajah kanak-kanak itu berubah menjadi warna kebiruan.

“Bimbang dengan keadaan anaknya, wanita tersebut terus membawa kanak-kanak itu ke HSIP yang sudah kritikal untuk rawatan lanjut di hospital berkenaan.

“Pemeriksaan di hospital mendapati badan kanak-kanak itu mengandungi dadah jenis methamphetamine. Mangsa yang masih kritikal dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, polis sedang menyiasat sama ada mangsa diberi dadah tersebut secara sengaja atau dadah itu terdedah sebelum dia sendiri mengambilnya.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, polis telah menahan bapa saudara mangsa kira-kira pukul 10 malam semalam di sebuah rumah di Kuala Krai.

“Ujian saringan air kencing mendapati, lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkait kes dadah,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI