fbpx

Harimau Malaya buru darah warisan – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA masih memerlukan pemain berkualiti yang berpangkalan di luar negara atau mereka yang memiliki darah warisan untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan berasa selesa, sebaliknya berusaha untuk terus memantapkan skuad Harimau Malaya dengan mencari bebe­rapa pemain berdarah warisan yang boleh diserap pada kempen Piala Asia 2023 akan datang.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan melakar sejarah baharu apabila layak ke pentas Piala Asia secara merit buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun selepas muncul naib juara Kumpulan E pada saingan kelayakan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

Sepanjang kempen kelayakan tersebut, beberapa pemain berdaraf warisan negara seperti La’Vere Corbin-Ong, Darren Lok, Matthew Davies, Dion Cools dan Junior Eldstal dilihat tampil menyerlah buat skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

HAMIDIN

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi bintang berdarah warisan akan diserap masuk, tetapi pada masa sama, pemain tersebut perlulah mencapai piawaian yang ditetapkan oleh barisan kejurulatihan.

“Saya rasa ada beberapa kelab Liga Malaysia sedang memantau beberapa pemain warisan untuk diserapkan dalam skuad masing-masing.

“Penyokong harus faham, situasi pemain bertaraf warisan ini tidak sama dengan pemain natura­lisasi.

“Jika mereka memiliki darah Malaysia dan berminat untuk menyarung jersi kebangsaan, tidak mempunyai masalah untuk pihak kerajaan memberikan pasport.

“Namun, harus diakui kita tidak mempunyai ramai pemain berdarah warisan yang berkualiti seperti Filipina, cuma daripada pihak pengurusan, kami akan terus pantau dari semasa ke semasa.

“Jika ada yang layak dalam kalangan mereka, sudah pasti FAM mengalu-alukan kehadiran mereka (untuk menguatkan lagi skuad Harimau Malaya),” kata­nya.

Difahamkan, ada beberapa pemain berdarah warisan yang berada dalam radar FAM se­perti Wan Kuzain Wan Kamal dari Amerika Syarikat (AS), Nooa Laine (Finland), Jaami Qureshi (England) dan Kobe Chong (England).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI