fbpx
JENTERA BMW 530i M Sport direka dengan penampilan jeriji kidney yang lebih besar serta lampu hadapan yang langsing.

Gaya pemanduan berkuasa jentera BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BMW 530i M Sport hadir dengan sistem bantuan pemandu generasi terkini, selain rekaan yang lebih segar berserta slogan diketengahkan ‘Kuasa Pilihan’ (Luxury of Choice) hadir dengan dinamik pemanduan yang luar biasa serta penampilan yang lebih menarik.

Bahagian dalaman kereta baharu menampilkan bahasa reka bentuk interior yang premium dan selesa.

Di atas kertas BMW mendakwa kelajuan maksimum BMW 530i M Sport ini mampu mencecah 250kmj manakala penggunaan bahan api ialah 6.7 liter untuk setiap 100 kilometer (km).

———————————————————————————————————————————————————————————-

MW 5 Siri telah diperkenalkan sejak tahun 1972 sebagai sebuah kereta sedan premium.

Pada tahun lalu, BMW Malaysia telah melancarkan dua varian BMW 5 Siri di Malaysia yang dipasang secara domestik (CKD). Dua varian yang diperkenalkan itu ialah BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport.

Slogan diketengahkan ialah Kuasa Pilihan (Luxury of Choice) yang hadir dengan dinamik pemanduan luar biasa serta penampilan lebih menarik.

Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang untuk memandu uji unit BMW 530i M Sport yang hadir dengan sistem bantuan pemandu generasi terkini selain rekaan yang lebih segar.

Generasi ketujuh model ini dilengkapi pakej M Aerodynamics yang menampilkan jeriji kidney lebih besar serta lampu hadapan yang langsing dengan sentuhan baharu pada rekaan lampu waktu siang (daytime running light).


KENDERAAN ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter4 silinder TwinPower Turbo.

BMW 530i M Sport juga dilengkapi BMW Laserlight dengan kemudahan bantuan lampu puncak yang berfungsi secara pengaktifan automatik mengikut keadaan trafik dan dikawal melalui sensor terdapat di hadapan cermin.

Bampar hadapan dan belakang model ini juga direka semula dengan salur masuk udara yang lebih besar termasuk elemen lampu belakang LED dalam bentuk L yang kelihatan unik.

Model ini juga hadir dengan rim aloi M 19 inci Y-Spoke 845 M Bi-Colour Jet Black dengan menggunakan tayar runflat.

Model ini menggunakan tayar hadapan bersaiz 245/40 R 19 dan belakang 275/35 R 19.

Penggunaan sistem suspensi adaptif (adaptive suspension) dengan brek M Sport berangkup brek M Sport warna biru pula memberikannya imej yang lebih menonjol.

Unit ini hadir dengan enjin petrol 2.0 liter 4 silinder TwinPower Turbo dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan yang ditawarkan sebagai standard.

Kombinasi enjin dan transmisi itu menghasilkan kuasa maksimum 252hp dan tork tertinggi 350Nm. Kereta ini juga mampu memecut dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.4 saat.

Di atas kertas, BMW mendakwa kelajuan maksimum BMW 530i M Sport ini mampu mencecah 250km/j, manakala penggunaan bahan api ialah 6.7 liter untuk setiap 100 kilometer (km).

BARISAN BMW 5 Siri cukup dikenali dikenali sebagai kenderaan sedan premium.

Pengalaman memandu model ini juga lebih menarik kerana ia dilengkapi Kawalan Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control), Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control), Kawalan Brek Membelok (Cornering Brake Control), Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control) dan Sistem Pembrekan Antikunci dengan Bantuan Brek (Antilock Braking System with Brake Assist).

Masuk ke bahagian dalam pula, BMW 530i M Sport baharu ini menampilkan ‘bahasa’ reka bentuk interior yang premium dan selesa.

Model ini juga hadir dengan kemasan trim dalaman Aluminium Rhombicle serta upholsteri Dakota Leather dan material bumbung antrasit BMW Individual.

Aspek iluminasi di dalam kenderaan ini dibekalkan oleh pencahayaan ambien dan pemilik BMW 530i M Sport dapat menikmati kemudahan bumbung kaca elektrik.

BMW Live Cockpit Professional menyerlahkan papan pemuka dengan kluster instrumen bersaiz 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi serta paparan kawalan (control display) dengan skrin sentuh bersaiz sama di bahagian tengah.

RIM aloi 19 inci pada bahagian roda.

Antara elemen yang terdapat pada BMW Live Cockpit Professional itu ialah sistem BMW Intelligent Personal Assistant, sambungan 4G LTE, dua port USB dan fungsi-fungsi lain seperti Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh (remote software upgrade) serta pengemaskinian peta tanpa sambungan wayar bagi sistem navigasi.

Apa yang menarik pada BMW Intelligent Personal Assistant BMW 530i M Sport baharu iaitu ia menaik taraf interaksi antara pemandu dan kenderaan ini.

Sebagai contoh, fungsi yang boleh diakses dan dikawal melalui BMW Intelligent Personal Assistant itu meliputi panggilan telefon, pelarasan suhu, navigasi, pengaktifan bidai serta pengoperasian kesemua tingkap secara automatik.

Bagi memberikan keselesaan maksimum kepada semua orang yang berada di dalam kereta ini, BMW menawarkan penyaman udara dengan kawalan empat zon.

Selain itu, ciri-ciri bantuan memandu turut hadir pada model ini seperti amaran keluar dan penukaran laluan, amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek, pencegahan perlanggaran belakang dan amaran perentasan trafik.


RUANG bahagian penumpang yang selesa.

Fungsi Parking Assistant Plus pula membawakan kamera pandangan keliling.

Di samping itu, para pemilik BMW 530i M Sport baharu juga dapat menikmati sistem Active Cruise Control With Stop and Go Function.
Fungsi itu membolehkan pemandu mengekalkan jarak bersesuaian dengan kenderaan di hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN