fbpx

Masalah air di Kuala Kedah bakal berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf LRA Pelubang di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Masalah bekalan air bersih dihadapi puluhan ribu penduduk di Kuala Kedah dekat sini bakal berakhir apabila kerja-kerja pemasangan jajaran paip baharu dari Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang ke kawasan itu dijangka siap dalam tempoh tujuh bulan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemasangan jajaran paip baharu yang telah bermula itu merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf LRA Pelubang yang keseluruhannya menelan belanja RM431 juta.

Katanya, jajaran paip baharu itu membolehkan air terawat dari LRA Pelubang dapat disalurkan secara terus ke kawasan terjejas di Kuala Kedah tanpa terlalu bergantung kepada paip lama yang sudah terlalu uzur.

Katanya, paip-paip lama tersebut juga didapati tidak dapat lagi memenuhi keperluan pembangunan sedia ada di sepanjang jajarannya.

“Sistem ini akan ‘bypass’ paip lama bagi memfokuskan kepada permintaan air yang tinggi di Kuala Kedah.

“Projek ini dijangka mengambil masa tujuh bulan dan mampu menyelesaikan isu bekalan air di Kampung Tepi Laut, Kampung Tengku Laksamana, Taman Bersatu, Pekan Kuala Kedah dan banyak lagi kawasan perumahan di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan upacara pecah tanah Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf LRA Pelubang di Stargate Alor Setar dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI