fbpx

Ketua pegawai eksekutif ditahan kes rasuah RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pegawai Eksekutif sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung rasuah RM200,000.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM200,000.

Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun itu diberkas pada pukul 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

Difahamkan, pada April tahun lalu, suspek meminta dan menerima rasuah itu daripada sebuah syarikat lain sebagai dorongan memberikan kerja berkaitan projek kejuruteraan pembinaan dan pembaikian menara telekomunikasi berjumlah hampir RM50 juta.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini membenarkan suspek direman selama empat hari selepas SPRM Johor membuat permohonan reman pagi tadi.

Perintah reman sehingga 17 Jun ini dibenarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI