fbpx
PENJAJA kian tersepit kerana perlu mengeluarkan modal besar untuk berniaga ekoran kenaikan harga barang. – GAMBAR HIASAN

Jangan tamak kalau mahu pelanggan makan di kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Para peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas situasi kenaikan harga barang ketika ini kerana ia boleh menjejaskan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, jika peniaga terus memberi tekanan harga kepada pelanggan, beliau percaya ramai pelanggan akan lari dan perniagaan pasti lingkup.

Katanya, walaupun ketika ini kenaikan harga barang dirasai semua sektor, tetapi ia tidaklah sa­ngat ketara berbanding dahulu.

“Umpamanya kenaikan harga ayam mentah tidak sampai 50 peratus, tetapi kenapa harga ayam yang telah disiap masak naik mendadak sehingga lebih 70 peratus.

“Sebagai contoh dahulu harga bagi seketul ayam goreng sekitar RM3 hingga RM4, tetapi kenapa ada yang naikkan sehingga RM6 hingga RM8 seketul ketika ini,” katanya kepada Kosmo!.

Barjoyai berkata, langkah menaikkan harga melampaui kos itu bukan sahaja membebankan pelanggan, malah ia boleh memusnahkan perniagaan dalam tempoh singkat.

“Apabila peniaga mengenakan harga yang tinggi, pelanggan tidak akan makan di kedai lagi dan mereka beralih untuk memasak di rumah.

“Jika perkara ini terjadi, peniaga yang bergantung sepenuhnya pendapatan kepada perniagaan seperti ini akan mengalami masalah kewangan pada masa hadapan,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan peniaga agar berpada-pada dalam menentukan harga jualan dan tidak terlalu menekan pe­langgan kerana mereka adalah sumber pendapatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN