fbpx

1,887 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,887 kes semalam termasuk lapan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,520,852 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,399 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,463,070 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (776 kes), Kuala Lumpur (371 kes), Perak (143 kes), Negeri Sembilan (89 kes), Pulau Pinang (84 kes), Putrajaya (80 kes), Sabah (67 kes) dan Sarawak (65 kes).

“Seterusnya, Johor (56 kes), Melaka (46 kes), Kedah (43 kes), Pahang (25 kes), Kelantan (24 kes), Terengganu (10 kes), Perlis (tujuh kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,708 kes serta dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) dengan jumlah kes BID 7,572 kes.

Sebanyak 22,074 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,074 kes dikuarantin di rumah, 21 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 954 kes di hospital, lapan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI