fbpx

Luahan pembaca: Jangan terlalu berseronok mandi laut masa cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mengambil kesempatan sepanjang cuti sekolah untuk membawa keluarga ke pantai. – GAMBAR HIASAN-FOTO MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

Saudara Pengarang,

MUSIM cuti persekolahan selama seminggu telah bermula sejak Jumaat dan Sabtu lalu. Sesuatu yang menjadi kebiasaan, ibu bapa akan mengambil kesempatan untuk mengatur program bersama anak-anak.

Bagi yang berkemampuan, mereka memilih untuk melancong ke luar negara, namun bagi yang merasakan diri mereka dalam kumpulan B40, lokasi pelancongan tempatan menjadi pilihan.

Sedar atau tidak, kawasan berair menjadi antara lokasi paling popular. Ini termasuklah taman-taman tema air selain lokasi perkelahan berdekatan dengan sungai.

Ada juga yang berminat ke pulau, dengan aktiviti menyelam dan snorkeling menjadi keutamaan.

Bagaimanapun, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, risiko berada di kawasan berair memang sangat tinggi sehingga boleh merisikokan nyawa terutama anak-anak.

Justeru, sebagai ibu bapa mahupun penjaga kepada anak-anak kecil ini, tanggungjawab kita adalah untuk memastikan percutian yang dirancang berakhir dengan kegembiraan dan keseronokan.

Kita tidak mahu lagi mendengar berita tentang kematian, kemalangan mahupun tragedi sepanjang cuti persekolahan ini.

Ustazah Anita
Klang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI