fbpx

Bunuh, bakar: Reman teman lelaki tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita yang dibunuh serta dibakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lalu.

IPOH – Polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas teman lelaki kepada wanita yang dibunuh kejam dengan mayatnya ditemukan dibakar di tepi sungai di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, reman terhadap lelaki berusia 20 tahun itu bermula hari ini sehingga Jumaat depan.

“Siasatan ke atas suspek dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mior Faridalathrash berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di bahagian kepala dan kebakaran yang parah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pergigian oleh pakar forensik pergigian juga mendapati mangsa kemungkinan besar merupakan individu sama yang dilaporkan hilang oleh keluarganya.

“Hasil pemeriksaan pergigian simati dengan perbandingan maklumat rekod pergigian simati mendapati, besar kemungkinan simati adalah merupakan penama,” katanya.

Media pada Selasa lalu melaporkan mayat seorang wanita dijumpai orang awam pada pukul 3.05 petang dalam keadaan terbakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar.

Mayat dengan kesan luka di kepala itu dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum dijumpai orang awam.

Turut dijumpai di lokasi kejadian, seketul batu konkrit dengan kesan darah dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mencederakan mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI