fbpx

Jasmin Hamid sakit jantung, suami berdepan komen nista

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dramatis, Jasmin Hamid bersama suami, Nazmir.

PETALING JAYA – Isteri sedang bertarung nyawa, suami pula terpaksa menghadap kata nista segelintir netizen.

Itu yang sedang dihadapi Nazmir Abdul Rahman, 36, apabila didakwa menjadi punca isterinya, dramatis Jasmin Hamid, terlantar di hospital akibat serangan jantung.

Nazmir yang juga pengurus kepada kepada Jasmin memohon agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menulis komen-komen tidak wajar seperti mengaitkan hubungan seksual mereka sebagai punca pelakon itu diserang penyakit jantung.

“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri saya yang masih lagi di wad unit penjagaan jantung (CCU) kerana serangan jantung.

“Saya mohon hentikanlah komen-komen sebegini sebab takut bila Jasmin terbaca, akan tambahkan sakitnya. Kalau tak suka kami, abaikan kami,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi pelakon itu.

Dalam hantaran sama, Nazmir turut memberi peringatan agar tidak diwajarkan penulisan menggunakan emosi yang menjadi amalan segelintir netizen.

“Buat mereka yang berkata menggunakan emosi, saya serahkan pada Allah.

“Buat mereka yang tak putus panjatkan doa pada Allah untuk Jasmin, saya sekeluarga ucapkan berbanyak terima kasih dan kami kembalikan doa yang baik-baik buat kalian,” katanya lagi.

Nazmir turut menyertakan untaian tangkap layar tidak sensitif yang ditinggalkan netizen menyifatkan perkahwinan dengan ‘pucuk muda’ menjadi penyebab Jasmin terlantar di hospital.

Untuk rekod, Jasmin atau Jasmiah Abdul Hamid berusia 48 tahun sementelah Nazmir 12 tahun lebih muda darinya dan pasangan tersebut berkahwin tahun lalu – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI