fbpx

China miliki kapal induk dron pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL tanpa pemandu itu boleh dikawal dari jauh dan digunakan untuk penyelidikan dan pemerhatian marin. - Handout

BEIJING – China melancarkan kapal induk dron berteknologi kepintaran buatan (AI) pertama yang mampu melancarkan serangan ketenteraan secara sendiri, lapor akhbar The Sun, kelmarin. 

Menurut Beijing, kapal induk itu direka untuk penyelidikan marin tetapi sudah wujud kebimbangan bahawa ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan ke atas Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dan musuh lain.

Kapal induk kawalan jauh dinamakan Zhu Hai Yun itu mempunyai kapasiti untuk membawa kira-kira 50 dron udara, darat dan bawah laut. Majlis pelancarannya diadakan di sebuah limbungan di Guangzhou.

Sebahagian besar bahagian belakang kapal itu terdiri daripada geladak terbuka di mana dron terbang boleh mendarat dan disimpan bersama dron jenis lain. Terdapat juga tapak pelancaran dan pemulihan dron. 

Kapal induk sepanjang 88.4 meter itu boleh mencapai kelajuan maksimum 32.2 kilometer sejam dan dikatakan mempunyai sistem operasi AI yang membolehkannya beroperasi secara autonomi tanpa manusia.

Walaupun China menegaskan bahawa kapal itu dibina bagi tujuan penyelidikan di laut, pihak-pihak lain bagaima­napun menyatakan bahawa potensi di bidang ketenteraan sangat besar.

Keupayaan kapal induk itu mengawasi kawasan yang luas membolehkan tentera laut China mencari dan menyasarkan kapal-kapal musuh atau memperluas rondaan di Lautan Pa­sifik melalui penggunaan dron atau senjata lain.

Penganalisis kanan kese­lamatan kumpulan pemikir Rand Post di Amerika Syarikat, Timothy Heath berkata, kapal induk itu pasti mempunyai aplikasi ketenteraan.

“Kapal pengangkut dron itu mungkin ditempatkan di lokasi terpencil untuk meletakkan periuk api pintar, itu antara contoh kegunaannya,” kata Heath kepada akhbar South China Morning Post. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI