fbpx

Kafe di Thailand jual minuman dalam beg plastik lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan minuman yang dijual oleh kafe Chadeen di Thailand. - Cha Deen Cawangan Simpang Lamplai

BANGKOK – Sebuah kafe di wilayah Songkhla, Thailand menghidangkan minuman dalam beg plastik yang dianggap lucah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kafe Chadeen menyajikan minuman teh susu Thai, teh hijau, kopi dan soda buah kepada pelanggannya. 

Disebabkan terdapat banyak persaingan di kawasan tempatan, mereka terpaksa mengeluarkan idea luar kotak untuk menarik pelanggan. Kafe itu mengiklankan minuman mereka di laman Facebook.

“Jangan memandangnya terlalu lama! Anda tidak akan dapat menahannya! Tolong jangan terlalu serius. Ayuh bergembira.

“Apabila anda mendapatkan minuman kami, semua orang akan melihat anda!” demikian kapsyen pada hantaran berkenaan.

Ramai pengguna menyuarakan pendapat mereka mengenai beg plastik itu.

Beberapa pengguna turut meminta kafe itu untuk memuat naik video mengenai cara meminum air itu dengan betul. Ramai pengguna turut bertanya di mana mereka boleh dapatkan beg plastik tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI