fbpx

2,430 kes Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 2,430 kes semalam termasuk 12 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,497,212 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,192 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,436,387 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,272 kes), Kuala Lumpur (366 kes), Pulau Pinang (119 kes), Perak (117 kes, Negeri Sembilan (114 kes), Melaka (99 kes), Johor (72 kes), Kedah (69 kes) dan Sabah (66 kes).

“Seterusnya, Sarawak (49 kes), Putrajaya (38 kes), Pahang (20 kes), Terengganu (14 kes), Kelantan (lapan kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,653 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.

Sebanyak 25,172 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,053 kes dikuarantin di rumah, 12 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,076 kes di hospital, 13 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI