fbpx

Stok masih kurang, ayam dijual lebih RM10 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEKALAN ayam kini habis dalam tempoh satu jam akibat kekurangan bekalan sejak minggu lalu.

PETALING JAYA – Biarpun semalam kerajaan bertegas akan menangani isu bekalan dan harga ayam, namun masih terdapat pembekal dan peniaga yang degil dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Situasi itu terbukti hasil tinjauan Kosmo! yang mendapati ayam masih dijual antara RM9.80 hingga RM10.40 sekilogram.

Keadaan itu menekan pengguna yang terpaksa berhadapan dengan krisis bekalan sejak ming­gu lalu selain kenaikan harga barangan lain.

Harga siling ayam yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika ini ialah RM8.90 sekilogram.

Di Klang, seorang peniaga dikenali Rosni berkata, mereka tiada pilihan selain terpaksa menjual ayam RM9.80 berikutan tindakan pembekal menaikkan harga sejak minggu lalu.

 

BEKALAN ayam kini habis dalam tempoh satu jam akibat kekurangan bekalan sejak minggu lalu.

Dakwanya, harga bagi sekilogram ayam sebelum ini dijual antara RM8 hingga RM8.80 dan ia tidak menguntungkan peniaga.

“Tak kan nak jual pada harga RM8.90, boleh ‘mati’ kami.

“Bekalan ayam pun berkurangan. Tempah 160 ekor tetapi cuma dapat 80 ekor,” katanya.

Situasi sama turut dilakukan seorang peniaga dikenali Mohamad yang memaklumkan harga diberikan pembekal adalah RM8.80 sekilogram.

Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menjual antara RM9 hingga RM9.50 sekilogram termasuk harga potong.

“(Bekalan) ayam kurang sekarang. Pelanggan lain yang datang hanya boleh tengok sahaja sebab semua telah ditempah kecuali yang mencari ayam tua.

“Biasa habis berniaga pukul 1 tengah hari, namun kini pukul 8 sudah boleh tutup kedai. Hendak untung bagaimana, mahu potong gaji pekerja bukan salah mereka sebab bekalan ayam dari ladang kurang,” ujarnya.

Bagi peniaga Sazali Ramli, 43, dia terpaksa ‘mencutikan’ seorang pekerja dan hanya datang pada hari Ahad sahaja.

“Krisis ayam ini paling teruk sejak 17 tahun menjual ayam ini sehingga terpaksa meminta pe­langgan hadir membuat tempahan awal sehari.

“Saya dengar krisis ini akan berlarutan hingga Hari Raya AidilAdha. Kerajaan sebelum ini kata akan bekalkan ayam kepada negeri atau lokasi terjejas, namun indah khabar dari rupa kerana stok masih berkura­ngan,” katanya.

Kenaikan harga itu menekan pengguna yang rata-ratanya terpaksa mengeluarkan belanja le­bih selain terpaksa mencari ayam di beberapa kedai.

Seorang suri rumah, Halimatun Nadiah Idris, 44, berkata, harga bagi seekor ayam yang biasa dibelinya adalah sekitar RM17 hingga RM18 seekor, namun ketika ini dijual pada harga RM23 seekor.

“Agak terkejut juga dengan kenaikan harga ini, namun bukanlah suatu yang tidak diduga. Biarpun harga mahal iaitu seperti RM10.40 sekilogram, orang tetap membelinya,” katanya.

Seorang pengguna, Rashid Abd. Samad, 35, memberitahu, dia tiada pilihan selain membeli ayam pada harga mahal kerana anak-anaknya hanya makan da­ging ternakan itu.

“Di mana-mana pun sama sahaja, harga memang telah me­ningkat. Bertuah sekiranya boleh berjumpa kedai runcit yang menjual ayam kerana rata-rata tempat yang saya pergi telah habis menjualnya.

“Harap keadaan ini tidak berterusan begitu lama kerana agak membebankan orang ramai, kami terpaksa berbelanja lebih untuk barangan biasanya boleh dibeli pada harga lebih rendah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI