fbpx

Wanita tinggal motosikal sebelum jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita meninggalkan motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum jatuh ke dalam laut hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang wanita muda ditemui dalam keadaan selamat oleh nelayan selepas bertindak nekad terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di kilometer 7.4 arah pulau dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 27 tahun sebelum itu dikatakan telah meninggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 berwarna hitam bersama topi keledar merah jambu di tepi tembok jambatan kira-kira pukul 2.40 petang.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pengguna jambatan berkenaan yang ketika itu dalam perjalanan menghala ke arah Seberang Perai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 2.47 petang tadi dan tiba di lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

“Wanita terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, seorang wanita berusia 43 tahun berjaya diselamatkan seorang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak setelah cuba terjun dari kilometer 3.4 dari arah Perai ke bahagian pulau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI