fbpx

Pembantu hospital positif dadah ditahan kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pembantu hospital yang turut positif dadah jenis syabu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun melibatkan sebuah rumah di Taman Bandar Putri, Sungai Soi di Kuantan pada pertengahan Mei lalu.

Difahamkan suspek yang turut mencuri pakaian wanita termasuk pakaian dalam menjadikan anak tudung sebagai topeng muka ketika melakukan samun.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek yang berusia 30-an ditahan dalam satu serbuan di kediaman suspek di Sungai Soi di sini pada pukul 11.40 malam kelmarin.

“Dalam serbuan itu pihak polis turut merampas tiga telefon bimbit pelbagai jenama, dua beg tangan wanita berjenama, beberapa dokumen pengenalan diri mangsa, 14 pakaian dalam wanita, 15 helai baju dan seluar wanita, satu anak tudung, tiga helai tudung, sepasang telekung wanita dan dua helai baju.

“Dengan penahanan lelaki berkenaan pihak polis daerah Kuantan berjaya menyelesaikan satu kes samun yang dilaporkan berlaku di daerah ini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya suspek ditahan reman sehingga 27 Mei ini siasatan dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

“Modus operandi dalam kes ini ialah suspek melakukan jenayah samun secara bersendirian dengan cara memecah masuk ke dalam rumah dan menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat sebelum melakukan samun,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI