fbpx

[VIDEO]Dua beranak cedera kereta langgar van buat pusingan U di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59.7 Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak dua tahun dan ibunya cedera selepas kereta dinaiki melanggar sebuah van dipandu seorang lelaki warga asing yang membuat pusingan u secara tiba-tiba di kilometer 59.7 Lebuh Raya Senai – Desaru semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.55 petang melibatkan sebuah kereta jenis Honda HRV dipandu seorang perempuan Melayu berusia 29 tahun dengan sebuah van jenis Ford Econovan yang dipandu seorang lelaki Myanmar berumur 33 tahun.

KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 59.7 Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi semalam.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu van dari arah Desaru Senai membuat pusingan U secara tiba-tiba dan menyebabkan pemandu kereta dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian tengah sebelah kiri van.

“Pemandu van yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut membuat pusingan u di kawasan yang tidak dibenarkan itu kerana hendak bergerak ke kilometer 60 lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

“Akibat dari kemalangan tersebut, kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaan, manakala van mengalami kerosakan pada bahagian kiri kenderaan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta mengalami kecederaan bengkak di mulut, lebam di tangan kiri dan kanan, manakala penumpangnga berusia 2 tahun mengalami kecederaan calar di bahagian pipi sampai ke dahi sebelah kiri serta lebam mata sebelah kiri.

Tambahnya, manakala pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah peraturan 13 kaedah-kaedah lalulintas jalan 1959 (LN 166/59). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI