fbpx
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Mindoro, Filipina.

Gempa bumi sederhana landa Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Mindoro, Filipina pada awal pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 13.9 darjah utara dan 120.6 darjah timur.

“Kejadian gempa bumi sederhana itu berlaku pada pukul 5.50 pagi hari ini dengan jarak 42 kilometer Barat Daya dari Tagaytay City, Filipina.

“Gempa bumi terbabit dilaporkan berlaku dengan kedalaman 154 kilometer dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR