fbpx
SUNTINGAN 3D memaparkan imej Toxoplasma gondii, protozoa parasit yang menyebabkan penyakit toxoplasmosis. – Kateryna on/ Shutterstock

Parasit ubah minda, jadikan individu dijangkiti kelihatan lebih menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa parasit yang mengubah minda manusia, Toxoplasma gondii boleh menjadikan orang yang dijangkiti lebih kelihatan menarik, lapor laman berita Wion News semalam. 

Kajian itu dilaporkan menerusi satu penerbitan dan diketuai oleh pengarang utamanya, Javier Borraz-Leon yang merupakan ahli biologi Universiti Turku di Finland. 

“Dalam satu kajian, tikus jantan dijangkiti Toxoplasma dianggap lebih menarik secara seksual dan lebih disukai oleh tikus betina yang tidak dijangkiti,’’ jelas kajian tersebut. 

Sebelum ini, beberapa kajian mendapati bahawa parasit tersebut boleh menjangkiti mana-mana mamalia atau burung.

Pakar-pakar sering menyebut bahawa Toxoplasma gondii adalah parasit yang paling berjaya di dunia pada hari ini.

Apabila menjangkiti manusia, seseorang akan menjadi pembawa Toxoplasma seumur hidup. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh mengubah tingkah laku manusia.

Ia merebak apabila seseorang terdedah kepada najis kucing yang dijangkiti dan daripada makanan tercemar atau menerusi hubungan intim dengan orang yang dijangkiti. 

Kajian terbaharu mendapati lelaki dan wanita yang dijangkiti dilihat lebih menarik dan lebih sihat berbanding mereka yang tidak dijangkiti. 

Kesimpulan kajian itu menyatakan bahawa beberapa parasit yang ditularkan secara seksual seperti Toxoplasma gondii mungkin menghasilkan perubahan dalam penampilan dan tingkah laku manusia.

Perubahan itu sama ada disebabkan oleh kesan sampingan atau hasil daripada manipulasi parasit tersebut untuk meningkatkan penyebaran kepada perumah baharu.

“Walaupun kedengaran pelik, saintis berkata bahawa fenomena itu munasabah dari sudut evolusi biologi,’’ kata laman berita Science Alert. – Agensi

POPULAR