fbpx
DZULKARNAIN Ahmad, (dua dari kiri) dan Haniza (kiri), beramah mesra bersama Mohamad Sahil dan isterinya, Rubiah Abdul Rahman, (kanan) pada Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu di Kampung Sarin, Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Veteran tentera terharu terima rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU –  Seorang veteran tentera menganggap rumah baharu diterimanya yang dibina menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM kelolaan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sebagai hadiah Syawal terindah buatnya.

Koperal (B) Mohamad Sahil Mat Said, 53, berkata, dia telah memohon rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan amat bersyukur rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya.

“Alhamdullilah saya dan anak-anak sangat bersyukur dan gembira dengan rumah baharu ini. Sebelum ini saya hanya tinggal di rumah ibu di kampung berdekatan namun kini saya sudah memiliki rumah sendiri.

“Saya tidak sangka rumah yang dibina sangat cantik dan selesa. Anak-anak saya pun seronok dan saya ucapkan banyak terima kasih kepada JHEV ATM dan pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Kunci Rumah-Bina Baharu Menerusi Inisiatif Perumahan Veteran ATM di Kampung Sarin, Kuala Klawang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR