fbpx
Yang Chung (dua dari kiri) bersalaman dengan Wan Munadi (dua dari kanan) pada majlis pemeteraian MoU antara Sharp dengan YGMB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sharp, YGMB sedia program bilik darjah pintar untuk guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (Sharp Malaysia) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan program latihan penyelesaian bilik darjah pintar.

Program tersebut akan membantu melengkapkan guru dengan pengetahuan dan latihan sewajarnya bagi membantu mereka mengajar selain memanfaatkan kemajuan teknologi digital masa kini.

Pengarah Urusan, Sharp Malaysia, Ting Yang Chung berkata, pihaknya sentiasa berusaha memanfaatkan kemajuan teknologi yang dimiliki dan be­kerjasama dengan YGMB bagi melancarkan lagi proses pem­belajaran bilik darjah digital untuk kemudahan pelajar dan guru di seluruh negara.

Menurut beliau, penyelesaian bilik darjah pintar itu juga akan membolehkan pembelajaran ­hibrid dilakukan selain memberi panduan kepada guru menggunakan papan pintar Sharp secara berkesan apabila mengajar.

“Kami percaya, usaha ini akan meningkatkan lagi standard pe­ngajaran bagi melengkapkan gu­ru dengan pengetahuan dan latihan sewajarnya bagi membantu mereka menjalankan pengajaran bilik darjah abad ke-21 dengan lebih lancar, inovatif serta pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam kenyataan bersempena pemeteraian MoU yang disaksikan oleh Pegawai Urusan Eksekutif Kanan dan Ketua Perniagaan Asia, Sharp Corporation Japan, Yoshihiro Hashimoto di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Mu­nadi Wan Mamat.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Wan Munadi me­nerangkan, pihaknya berkeyakinan bahawa melalui program latihan tersebut akan dapat me­ningkatkan kualiti pengajaran para guru selain memupuk kemahiran pengajaran digital mereka.

“Sharp memberi sokongan ke arah sistem pendidikan yang membolehkan sekolah di seluruh negara meningkatkan dan menambah baik standard mereka.

“Kami berharap mendapat lebih banyak lagi peluang kerjasama bagi mencapai transformasi dan menyokong pembaharuan pendidikan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

POPULAR