fbpx

AP bahan makanan dimansuhkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri semasa melawat gerai hidangan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 di Dewan De'Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan permit import (AP) bagi bahan makanan berkuat-kuasa serta-merta.

Ini bermakna, menurut beliau, sesiapa sahaja boleh mengimport bakan makanan bagi memastikan bekalannya mencukupi di negara ini.

Beliau berkata, perincian mengenai perkara tersebut akan diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Kita buka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan untuk masuk ke negara kita.

“Jadi kalau dulu ada AP lembulah, daging dan macam-macam lagi, mulai hari ini tiada AP lagi diperlukan berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 di Dewan De’Seri Endon, Puspanitapuri di sini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Kabinet turut memutuskan bahawa MAFI perlu mengambil tindakan segera bagi menangani isu kos sara hidup yang sukar untuk dielakkan ketika ini.

Beliau berkata, isu berkenaan tidak hanya menjejaskan negara ini, bahkan merupakan masalah global ekoran peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

“Kalau kita lihat dari segi inflasinya terus meningkat. Kita Malaysia sahaja masih kekal di paras 2.2 peratus. Negara lain seperti Amerika Syarikat dah sampai 8.7 peratus.

“Kesan daripada perang ini besar, kita minta daripada MAFI agar mengambil tindakan segera bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang meningkat,” katanya.

Selain itu, menurut Ismail Sabri, MAFI juga diminta untuk mengemukakan segera cadangan jangka pendek dan panjang untuk memastikan kesan daripada perang itu tidak memberi kesan besar kepada bekalan makanan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI