fbpx

Peniaga catu elak bekalan terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HILMI menunjukkan sebahagian tepung gandum yang dijual di kedai runcitnya di Kuala Terengganu semalam.

PETALING JAYA – Peniaga-peniaga kedai runcit didakwa mula catu pembelian tepung gandum bagi elak pembelian panik atau bekalan terputus stok di pasaran di beberapa negeri.

Tinjauan Kosmo! di beberapa negeri mendapati langkah mencatu itu bagi mengelakkan gangguan bekalan dan isu kenaikan harga barangan itu.

Di Kuala Terengganu, seorang peniaga, Mohd. Hilmi Aiman, 34, berkata, langkah mencatu terpaksa diambil bagi mengelak kerugian.

Dia berkata, gangguan bekalan itu dipercayai berpunca daripada sekatan kerajaan India untuk mengeksport tepung gandum sekali gus memberi kesan termasuk terhadap pengguna tempatan.

“Sebelum musim perayaan lagi bekalan sudah terganggu selain kenaikan harga setiap bulan. Waktu ini saya ambil dari pembekal pada harga RM2.80 sekilogram berbanding RM2.28 sebelum ini,” jelasnya.

Di Melaka, seorang peniaga, Lim Chee Keong, 45, berkata, dia kini hanya menjual tepung ter­tentu saja, susulan sukar mendapatkan bekalan bagi jenama lain.

Katanya, bagaimanapun harga borong bagi tepung tersebut semakin naik dengan terbaharu kenaikan adalah sebanyak RM7 atau RM30 sekotak, berbanding tahun lalu.

Berita berkaitan: Stok tepung hanya bertahan sampai Julai

“Sekarang saya cuma ada bekalan untuk tepung cap Sauh dan Ros, cap lain susah nak dapat,” ujarnya.

Di Kelantan pula, seorang pemborong Mohd. Zin Mat, 60, berkata, boleh dikatakan hampir semua kedai di sini, tiada bekalan tepung gandum subsidi kerajaan.

“Kita jual tepung gandum pelbagai jenama dengan harga antara RM2.80 hingga RM3.40 sekilogram.

“Saya tidak mengehadkan pembelian tepung gandum kerana stok banyak tapi mahal. Itupun terpulang kepada pengguna untuk membelinya,” jelasnya.

Sekitar, kea­daan sama turut berlaku apabila kebanyakan kedai mulai habis stok bekalan tepung gandum.

Seorang pengurus pasar borong di Bandar Sunway di sini, Nur Shafiqah Ibrahim berkata, bekalan tepung gandum agak sukar untuk dibeli daripada pembekal malah kebanyakan pembekal tidak lagi mempunyai stok tepung gandum.

“Biasanya pembekal sentiasa ada stok tepung gandum, tetapi kebelakangan ini memang sukar untuk kami dapatkan stok bahan mentah tersebut.

Nur Shafiqah berkata, pembekal juga tidak dapat memberikan kepastian bilakah bekalan bahan mentah itu akan pulih se­perti sediakala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI