SELAYANG – Sebatang pokok tumbang bukan sahaja menghalang laluan, malah menyebabkan empat buah kereta rosak di Jalan Prima Selayang 7, berhampiran Apartment Sri Selayang di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.18 petang.
Menurutnya, susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi.
“Terdapat empat buah kereta terkena dahan-dahan pokok dan menghalang laluan, namun tidak melibatkan mangsa serta tidak menjejaskan struktur bangunan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE














