fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas enam pertuduhan merogol anak tirinya di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini.

Peniaga perkosa anak tiri dijel 30 tahun, 18 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Perbuatan keji seorang peniaga yang merogol anak tirinya berusia 13 tahun tujuh bulan berbalas apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun penjara dan 18 sebatan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Zulkpli Abdullah selepas tertuduh yang berusia 53 tahun mengaku bersalah atas enam pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun tujuh bulan semasa kejadian apabila perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 31 Mac , 13 November dan 5 Disember 2025.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa merogol mangsa sama yang ketika itu berusia 14 tahun perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama kira-kira pukul 1 pagi pada 27 Mac, 28 Mac dan 30 Mac 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan bagi keenam-enam pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua, pertuduhan ketiga.

Bagi tiga lagi pertuduhan, mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh tangkap iaitu pada 6 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN