fbpx
Amirudin bersama isteri dan tetamu kenamaan pada majlis itu di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Isu banjir: Selangor jalin kerjasama pakar Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menjalin persefahaman dengan pakar dari Belanda bagi bagi memperkukuh usaha menangani isu banjir yang masih berlarutan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sememangnya telah berhubung dengan pihak itu sejak setahun lalu.

“Perwakilan dari Belanda akan datang pada Mei nanti dan menandatangani persefahaman dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

“Mungkin selepas Kerajaan Persekutuan, kita akan juga menjalin persefahaman sama sebagaimana geran yang diberikan nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Tautan Muhibbah Kumpulan MBI Selangor di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, petang ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan teguran keras terhadap kerajaan negeri berhubung isu banjir yang masih gagal ditangani secara berkesan meskipun pelbagai nasihat telah diberikan sebelum ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN