fbpx

103 warga LKIM terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusoff Othman (kiri) ketika menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LKIM di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 103 orang warga perkhidmatan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai penghargaan telah menghasilkan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan cemerlang.

Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman berkata, penerima APC terdiri daripada pelbagai gred dan jawatan menerusi beberapa kumpulan kerja.

“Sudah tentu kejayaan LKIM selama ini adalah mustahil tanpa khidmat bakti dan pengorbanan seluruh warga kerja sejak penubuhan LKIM sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian APC dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) LKIM di sini hari ini.

Selain itu, LKIM telah selesai menyediakan Pelan Inisiatif Antirasuah (PINTAR) LKIM 2022-2026 yang turut dirasmikan pada majlis hari ini.

“Pelan ini menggariskan enam bidang keutamaan iaitu tadbir urus, pengurusan kewangan dan perolehan, pengurusan operasi, pengurusan bantuan dan insentif, penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

“Ia juga sebagai rujukan kepada semua peringkat perkhidmatan di LKIM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI