fbpx

Pastikan rantaian bekalan global sentiasa tersedia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) perlu mewujudkan satu ekosistem yang kondusif bagi memastikan rantaian bekalan global sentiasa tersedia bagi menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini Washington D.C pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

“Langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan daripada pandemik malah kerjasama juga diperlukan dalam pembangunan vaksin melalui program penyelidikan bersama, perangkaian dan hubungan dalam bidang berkaitan vaksin.

“Pada majlis makan tengah hari yang dihoskan Naib Presiden AS, Kamala Harris, saya memaklumkan bahawa ASEAN dan AS boleh mengukuhkan kerjasama dalam pengesanan, pengawasan dan tindak balas terhadap penyakit berjangkit serta ancaman kesihatan yang muncul,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook hari ini.

Tambah beliau, ASEAN dan AS juga perlu meningkatkan kemampanan dalam perdagangan dan pelaburan, pembangunan modal insan dalam pendigitalan, daya tahan ekonomi dan integrasi di rantau ini.

“ASEAN dan AS perlu memanfaatkan potensi pendigitalan dan revolusi perindustrian keempat.
Dalam kerjasama maritim pula, Malaysia yakin ASEAN dan AS boleh meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, serta pertukaran dan perkongsian maklumat dan perisikan.

“Inisiatif itu boleh mencegah, memerangi atau membanteras aktiviti jenayah di laut, seperti lanun, rompakan bersenjata, penyeludupan dan rampasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI