fbpx

Beri Ten Hag masa secukupnya – Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO percaya kehadiran Ten Hag mampu mengubah situasi malang yang dihadapi United ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo menggesa semua pihak supaya memberikan masa secukupnya kepada pengurus baharu pasukan itu, Erik Ten Hag untuk mengubah nasib pasukan.

United melalui musim yang sukar apabila sekadar menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris ketika ini, namun Ro­naldo mengakui optimis untuk memberikan kerjasama terbaik kepada Ten Hag dalam membina semula pasukan tersebut bagi membolehkan mereka menjadi pencabar kejuaraan musim depan.

“Apa yang saya tahu mengenainya (Ten Hag) adalah beliau telah melakukan kerja yang menakjubkan bersama Ajax. Beliau adalah pengurus yang hebat, tetapi semua pihak perlu memberikan masa yang cukup.

“Semua perubahan nanti perlulah mengikut apa yang dia kehendaki. Saya berharap kami akan berjaya melakukannya dan semoga beliau mampu memberikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya.

Ronaldo, 37, turut memasang impian bahawa kehadiran Ten Hag mampu menamatkan pe­nantian United untuk menjulang trofi selepas kemarau sejak lima musim lalu ketika dia hampir pasti untuk kekal di Old Trafford bagi musim kedua.

“Kami semua sangat gembira menantikan kehadirannya. Bukan sahaja pemain, tetapi seluruh peminat pasukan ini.

“Saya percaya beliau mampu menghadirkan perubahan. Musim depan mungkin ada pe­luang buat kami untuk memenangi kejuaraan,” jelasnya.

Musim ini menyaksikan Ro­na­ldo berjaya meledak 24 gol untuk United dan 18 gol daripadanya terhasil dalam saingan EPL.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI