fbpx
Anggota polis membawa individu dipercayai suspek menikam rakan sekolahnya di Mahkamah Telok Datok, Banting di Kuala Langat. Foto Saddam Yusoff/ KOSMO!

Tikam pelajar: Suspek tiba di mahkamah bagi pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Pelajar perempuan berusia 15 tahun yang didakwa menikam rakan sekelasnya di sebuah sekolah menengah di Banting, tiba di Mahkamah Telok Datok di sini pagi ini bagi menghadapi pertuduhan.

Suspek tiba kira-kira pukul 8.32 pagi menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz berwarna perak dengan diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Kosmo! semalam melaporkan rasa tidak puas hati serta perasaan terpendam terhadap beberapa individu yang didakwa membulinya dipercayai antara faktor yang mendorong suspek bertindak menikam mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati dakwaan suspek berkaitan kejadian buli itu masih belum disokong dengan keterangan yang membuktikan insiden berkenaan benar-benar berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN