fbpx

Tiada laporan kes HFMD di taska, tabika Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yasid (dua kiri) menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta pada Majlis Penutupan Program Asnaf Berdikari 2022 di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Paya Keladi di Kepala Batas hari ini. Foto/Iqbal Hamdan

SEBERANG PERAI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) belum menerima sebarang laporan berhubung penularan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di mana-mana tabika atau taska milik mereka setakat ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya telah mengambil langkah-langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penularan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap taska dan tabika mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan seperti membasuh tangan setiap masa serta menjaga kebersihan persekitaran dan sebagainya.

“Pihak Kemas juga ada bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta wakil mereka ada mengunjungi beberapa taska dan tabika sekurang-kurangnya sekali bagi setiap bulan untuk tujuan pemantauan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Program Usahawan Asnaf Berdikari 2022 di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, Jalan Paya Keladi, Kepala Batas di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 10 orang asnaf menerima bantuan berupa pelbagai barangan dan peralatan berkaitan perniagaan masing-masing.

Mengulas lanjut katanya, berdasarkan maklumat semasa khususnya di Pulau Pinang, hanya seorang murid tabika Kemas di Tasek Gelugor di sini dijangkiti HFMD.

Untuk rekod, terdapat kira-kira 10,830 tabika dan 545 taska milik Kemas yang membabitkan keseluruhan 220,000 murid di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI