fbpx

Terima kasih jururawat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia oleh Perdana Menteri.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini atas pengorbanan mereka.

Ucapan itu diberikan sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut hari ini.

“Besar pengorbanan dan jasa para jururawat kepada Keluarga Malaysia. Segalanya menjadi taruhan, bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini. Jasa anda amat besar terutamanya ketika negara menghadapi pandemik Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Ismail Sabri turut berkata, jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat beliau sanjungi.

“Terima kasih dan Selamat Hari Jururawat Sedunia, 2022,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI