fbpx

Pasangan kekasih ditahan disyaki buang janin dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih yang ditahan bagi membantu siasatan kes buang bayi dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak sekitar Danau Kota baru-baru ini. - FOTO: IHSAN POLIS

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih ditahan berhubung kes buang janin dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak sekitar Danau Kota pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tangkapan pada pukul 12.15 tengah malam itu telah dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Wangsa Maju.

“Suspek lelaki telah ditahan di sebuah rumah sekitar daerah ini manakala wanita berkenaan telah ditahan di hospital ketika sedang menerima rawatan.

“Pasangan kekasih ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes ini. Kita telah menyiasat kes ini selepas wanita berkenaan mengalami pendarahan serius di pekarangan Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kedua-dua suspek merupakan warga tempatan berusia 27 tahun dan telah ditahan reman selama tiga hari di IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

Kosmo! Online semalam melaporkan, janin bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak sekitar Danau Kota.

Pemeriksaan mendapati janin lelaki cukup sifat berusia kira-kira enam hingga lapan bulan itu disyaki telah dibuang dalam mangkuk tandas sebelum telah dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI