fbpx

Kes kematian hepatitis akut di Indonesia bertambah kepada 5 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes kematian akibat hepatitis akut dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia kini mencecah lima orang. - AFP

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan bahawa dua lagi pesakit kanak-kanak yang dijangkiti hepatitis akut telah meninggal dunia, menjadikan jumlah korban meningkat kepada lima mangsa, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, lima pesakit yang maut itu dilaporkan berada di Jakarta, Jawa Timur dan Sumatera Barat.

Tambah beliau, sebanyak 15 kes hepatitis akut telah dikesan di lima wilayah termasuk Jakarta, Jawa Barat, Jawa Timur, Sumatera Barat dan Bangka Belitung.

“Sehingga kini majoriti pesakit yang berusia satu hingga enam tahun masih dalam rawatan perubatan,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata bahawa pihaknya telah mengeluarkan surat pekeliling yang ditujukan kepada semua hospital dan pejabat kesihatan negara itu untuk melaksanakan pengawasan berkaitan kes berkenaan. 

Tindakan itu dilakukan empat hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penularan wabak hepatitis akut di Eropah pada 23 April lalu.

Budi berkata, pihaknya juga telah berbincang dengan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat dan Britain selepas Hari Raya Aidilfitri. 

Bagaimanapun, tiada jawapan yang pasti mengenai punca kepada jangkitan hepatitis akut yang misteri itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI