fbpx

[VIDEO] Pengunjung Genting Highlands gempar kereta terbakar mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah kereta yang terbakar dan mengelungsur du Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands semalam

BENTONG – Pengunjung ke Genting Highlands di sini khususnya pengguna jalan raya gempar selepas sebuah kereta terbakar dan mengelungsur menuruni jalan berbukit di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini semalam.

Berdasarkan satu rakaman video tular berdurasi 0.27 saat menyaksikan sebuah kereta berwarna putih terbakar sebelum mengundur ke belakang dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna sebelum terhenti.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.44 tengah hari itu menyebabkan kereta jenis Hyundai Elantra berkenaan terbakar 80 peratus.

“Dalam kejadian itu kereta berkenaan yang terbakar mengelungsur ke kilometer 3.0 Jalan Genting dengan api yang marak.

“Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan forensik JBPM,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ismail, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu bagi memadam kebakaran kereta berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI