fbpx

Op Selamat 18: 14,536 kemalangan, 154 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,536 kes kemalangan membabitkan 154 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh sembilan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, bagi tempoh yang sama, sebanyak 148 kes kemalangan maut dicatatkan di seluruh negara.

“Statistik kemalangan Op Selamat 18 meningkat dua peratus berbanding Op Selamat 15 pada 2019 dengan catatan kemalangan sebanyak 14,250 iaitu 142 daripadanya membabitkan kemalangan maut dengan 151 kematian.

“Bagi operasi kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal antara penyumbang kematian tertinggi sebanyak 88 kes. Selain itu, kematian membabitkan kereta turut meningkat kepada 38 kes berbanding 34 kes pada Op Selamat 15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, bagi hari kesembilan Op Selamat 18, sejumlah 1,551 kemalangan dicatatkan dengan Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan 284 kemalangan, diikuti Johor (273) dan Perak (152).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes maut membabitkan empat kematian di Selangor, tiga di Kedah, dua di Negeri Sembilan dan Sarawak serta satu kematian di Perak dan Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 296,814 saman telah dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan hari Op Selamat 18.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 100,414 saman bersamaan 51 peratus, berbanding saman dikeluarkan pada Op Selamat 15 iaitu 196,400 saman.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 212,469 saman dikeluarkan kerana melebihi had laju, melanggar lampu isyarat (3,613 saman), memotong barisan (2,903 saman), menggunakan alat komunikasi (1,712 saman), memotong di garisan berkembar (1,080 saman) dan memandu di lorong kecemasan (735 saman),” katanya.

Tambahnya, kemalangan mengikut jenis jalan pula direkodkan sebanyak 1,551 di lebuh raya, jalan persekutuan (3,141), jalan negeri (2,928) jalan bandaran (5,625) dan jalan lain-lain (1,291). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI