fbpx
Lelaki miang boleh melayari laman web pornografi di mana-mana dan bila-bila masa termasuk menggunakan telefon bimbit. – Gambar hiasan

Berahi tengok pelakon lucah, bukan bini sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lelaki miang yang ketagih menonton video lucah boleh mengalami masalah mati pucuk atau disfungsi erektil (ED) yang menyebabkan mereka gagal ‘beraksi’ dengan cemerlang kerana kurang berahi kepada pasangan masing-masing.

Video lucah yang dinikmati pada waktu singkat selain mudah ditonton di laman web melalui telefon bimbit pada bila-bila masa terutamanya waktu malam pada hakikatnya mempunyai kesan jangka panjang.

Pakar Sakit Tuan, Dr. Mohd. Ismail Mohd. Tambi berkata, lelaki kerap menonton video lucah kononnya hendak mendapatkan perasaan berahi tetapi sebenarnya mendatangkan bahaya tanpa disedari.

Katanya, si lelaki hanya berahi dengan apa yang mereka tonton dan bukannya terhadap pasa­ngan mereka sendiri.

“Banyak kes yang saya kendalikan melibatkan si lelaki meng­alami masalah mati pucuk atau tidak dapat bereraksi dengan pasangan masing-masing.

“Selepas disoal siasat dan di­selidiki, mereka mengaku sudah terikat dengan amalan menonton pornografi secara kerap,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Dr. Mohd. Ismail

Menurut Dr. Mohd. Ismail, jika perkara itu berterusan, ia boleh menyebabkan lelaki mengalami mati pucuk akibat pornografi.

Tambahnya, selain itu, ada juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada ED seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol.

“Sekiranya mahu bersama, darah akan mengalir lancar ke zakar dan menjadikan anggota itu tegang.

“Jika perkara itu tidak berlaku, ia boleh disebabkan faktor ber­kenaan. Oleh itu segera berjumpa dengan doktor supaya boleh di­lakukan penilaian dan apabila puncanya sudah dikenal pasti, barulah rawatan boleh diberi,” ujarnya.

Ujar Mohd. Ismail, penghidap ED disarankan tidak memakan ‘pil kuat’ yang kononnya mampu meningkatkan kemampuan seksual sebaliknya berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar dan rawatan bersesuai­an.

Katanya, banyak produk yang dijual tidak mendapat kelulusan kesihatan dan sebilangan mengandungi ba­han kimia yang bertaraf racun.

“Jadi, ada kemungkinan sekiranya anda tersalah makan, ia boleh menyebabkan masalah ke­sihatan yang ketara seperti strok, masalah buah pinggang, kerosakan pada hati dan lebih buruk lagi menyebabkan maut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN