K merupakan suspek dalam penghasilan video lucah dari Blitar. – SPECIAL DOC/IG @CE.CRYSTINE

Suami isteri bikin, jual video ‘biru’ selepas majikan muflis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang suspek wanita berusia 38 tahun dikenali dengan singkatan K alias Ce Crytine dan suaminya, PEK, 40,  ditangkap dan dinamakan sebagai suspek kerana menjual video lucah.

Pasangan suami isteri dari Daerah Panggungrejo, Blitar itu ditahan semasa berada di rumah sewa mereka di bandar Denpasar, Bali.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Blitar, AKP Rudy Kuswoyo mendedahkan fakta terbaharu bahawa kedua-dua suspek bukannya ahli perniagaan yang perniagaan mereka muflis.

“Bukan (seorang usahawan), seorang pekerja swasta,” kata Rudy kepada laman berita detikJatim semalam.

Rudy menambah, syarikat tempat suspek bekerja telah muflis. Ini mendorong kedua-dua suspek menghasilkan dan menjual video lucah.

Ketua Polis Kota Blitar, AKBP Kalfaris Triwijaya Lalo berkata,  penahanan mereka  bermula dengan rondaan siber yang menemui video lucah di sebuah laman web berlatarbelakangkan sebuah penginapan di Daerah Kepanjenkidul, Kota Blitar.

“Selepas kami menjalankan siasatan, kami mendapati suspek penduduk Kabupaten Blitar dan menetap di Kota Denpasar. Polis  kemudian membuat tangkapan di rumah sewa suspek  di Denpasar.

“Mereka merupakan pasangan suami isteri,” kata Kalfaris semalam.

Menurutnya, PEK yang  mendapat idea untuk menghasilkan kandungan foto dan video lucah, manakala isterinya, K  bersetuju dengan idea suaminya. Suaminya kemudian mendaftar di laman web lucah menggunakan identiti isterinya.

“PEK  mendapati kewujudan media sosial di laman web tersebut. Dia mendapat idea untuk mencipta video lucah dan memuat naik ke akaunnya di laman web berkenaan. Dia mendaftarkan akaun di laman web tersebut menggunakan identiti K,” jelas Kalfaris lagi.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN