fbpx

Empat pekerja kilang papan gian dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Empat pekerja kilang papan yang sedang khayal dadah tergamam diserbu sepasukan polis di sebuah rumah kongsi kilang tersebut di Ajil di sini malam tadi.

Kesemua lelaki tempatan berkenaan yang berusia dalam lingkungan 34 hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan di premis berkenaan pada pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata,
serbuan telah dilakukan di rumah berkenaan selepas menerima maklumat premis itu menjadi lokasi penagihan dadah.

“Ujian urin terhadap kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Serbuan turut menjumpai satu penyedut minuman yang mengandungi lima pil berwarna merah dipercayai dadah jenis methamphetamine (pil kuda),” katanya di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, dadah seberat kira-kira 0.57 gram itu disyaki milik salah seorang suspek berusia 40 tahun.

Tambah beliau, keempat-empat lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1982 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Suspek berusia 40 tahun pula turut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) akta sama kerana memiliki dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI