fbpx

Astro Fibre tawar pengalaman digital kepada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Astro telah melancarkan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar gentian tersendiri yang bakal menjadikannya sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) penuh.

Transformasi ini adalah susulan daripada pelancaran WiFi Kencang, perkhidmatan jalur lebar gentian sulung Astro Fibre, yang disediakan bersama kandungan Astro dan Mesh WiFi yang membawakan sambungan Internet dan hiburan di rumah serba lengkap untuk pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro, Euan Smith berkata,  Astro kini
menggiatkan lagi usaha untuk membolehkan rakyat  termasuk bukan pelanggan, menikmati pengalaman digital dan tawaran nilai terbaik menerusi perkhidmatan jalur lebar gentian secara tersendiri yang baharu daripada Astro Fibre.

“Kami menawarkan pengalaman serba baharu daripada Astro untuk memberikan pelanggan apa yang
dikehendaki mereka iaitu semua hiburan kegemaran mereka termasuk Astro Originals, siaran langsung acara sukan, kandungan antarabangsa dan pelbagai perkhidmatan penstriman, semuanya di satu kaca TV besar serta peranti peribadi jika itu yang dikehendaki mereka.

“Kami melanjutkan usaha untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar dan mendapati usaha ini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

“Angka pelanggan jalur lebar kami juga meningkat 58 peratus secara tahunan sambil lebih ramai pelanggan menyedari nilai dan kemudahan jalur lebar digabungkan bersama kandungan Astro,” katanya dalam kenyataan.

Smith menerangkan, melalui perkhidmatan Astro Fibre secara tersendiri, portfolio produk Kumpulan kini  lebih mantap untuk berkhidmat kepada pelanggan dengan pelbagai keperluan berbeza,
sama ada digabungkan dengan kandungan Astro atau untuk perkhidmatan Internet
semata-mata.

Memanfaatkan kekuatan rangkaian HSBB luas daripada TM, Astro boleh melancarkan perkhidmatan dengan lebih pantas kepada semakin ramai penduduk Malaysia.

“Dengan infrastruktur, teknologi dan kepakaran kami yang kukuh, kami berada pada kedudukan lebih baik untuk menyokong pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Malaysia untuk menyediakan liputan lebih luas dan pengalaman jalur lebar lebih baik bagi rakyat Malaysia, sekali gus memainkan
peranan proaktif untuk merapatkan jurang digital negara,” jelasnya.

Keutamaan Kumpulan kini adalah untuk menyediakan pengalaman jalur lebar lebih menarik menerusi kemudahan Internet yang boleh dipercayai dan mampu milik di seluruh rumah, supaya semua
penghuni boleh menikmati Internet yang pantas dan stabil. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI