fbpx

Penganggur bawa lari isteri orang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kereta dipandu suspek dikejar kenderaan peronda polis di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung, pagi tadi.

MANJUNG – Seorang lelaki cuba meloloskan diri dengan memandu kereta Perodua Kancil yang dilarikan secara berbahaya dalam kejadian di Seri Manjung di sini petang tadi.

Ibarat dalam filem aksi, dia nekad melanggar lampu isyarat, merempuh sebuah kereta peronda polis serta cuba melarikan sebuah motosikal sebelum berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, terdahulu suspek berusia 31 tahun menghubungi sorang kenalan wanita pada pukul 7.30 pagi bagi meminta bantuan

Katanya, dia yang mengenali wanita bekerja sebagai juruwang itu menerusi aplikasi WeChat sejak empat bulan lalu mengambilnya di sebuah premis di Sitiawan.

“Wanita itu ke sana menaiki sebuah kereta dengan diekori suaminya bersama rakan secara berasingan kerana bimbang keselamatan diri.

“Sebaik tiba, suspek mahu memandu kereta wanita itu dengan alasan ada orang sedang mengejarnya sebelum dia menyedari kehadiran suami wanita itu dalam kereta lain,” katanya di sini.

Menurutnya, suspek memandu kereta mangsa menghala ke Seri Manjung dalam keadaan berbahaya dan enggan berhenti apabila diarahkan anggota kereta peronda polis.

“Suspek bukan sahaja tidak mahu memberhentikan kereta sebaliknya terus memecut dan melanggar lampu isyarat serta merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba menghalang di hadapan premis Toyota Seri Manjung.

“Apabila tiba di hadapan sebuah restoran, suspek menghentikan kereta dan cuba pula mengambil motosikal milik seorang wanita tetapi tidak berjaya memaksa dia kembali masuk ke dalam kereta.

“Anggota polis yang tiba cuba menahan suspek dan berlaku pergelutan sebelum lelaki itu berjaya ditahan dan suspek mengaku cemas kerana menyangka suami wanita itu dan rakannya sebagai pemungut hutang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI