fbpx

Penang FC sahkan Trucha ambil cuti rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tomas Trucha.

GEORGE TOWN – Teka-teki mengenai status Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha yang sudah tidak lagi kelihatan ketika sesi latihan dijalankan akhirnya terjawab apabila pihak pengurusannya mula membuka mulut mengenainya hari ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Penang Football Club, Jurgen Klopp’ Malaysia itu dinasihatkan mengambil cuti rehat atas sebab keselamatan.

“Dengan mengambil kira nasihat PDRM (Polis Diraja Malaysia), berdasarkan bentuk kecenderungan kemarahan penyokong yang dikhuatiri boleh mendorong tindakan bersifat khianat jenayah daripada mana-mana individu yang kurang bijaksana dalam membuat apa-apa pertimbangan.

“Beliau bukan direhatkan atau dalam proses diambil tindakan disiplin. Hanya dalam proses perundingan penyelesaian yang adil dan ihsan yang melibatkan semua pihak berkepentingan,” tulis pihak Pengurusan Tertinggi Penang FC Sdn Bhd.

Menerusi kenyataan itu lagi, pihak berkepentingan termasuklah penyokong Penang FC, pemegang kad bermusim serta ribuan pengguna merchandise Penang FC yang mempunyai hak untuk dilindungi sebagai ‘pelabur’ secara tidak langsung dalam pengukuhan dana Syarikat (Kelab). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI