fbpx

Hampir 10,000 pekerja TNB bertugas di Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menugaskan hampir 10,000 tenaga kerja melibatkan pelbagai peringkat dan sektor kritikal rantaian perkhidmatannya di seluruh Semenanjung bagi menjamin kestabilan bekalan elektrik ketika rakyat menyambut Syawal.

Penugasan itu dilakukan secara giliran dan tunggu sedia yang mana merangkumi stesen-stesen janakuasa, pusat kawalan dan seluruh rantaian perkhidmatan termasuk grid dan pencawang bagi memastikan kelancaran penghantaran, pembahagian bekalan elektrik serta siap siaga perkhidmatan pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di setiap negeri dengan jangkaan orang ramai pulang lebih awal berhari raya di kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Terima kasih tidak terhingga kepada warga TNB yang bertugas tanpa syarat pada Aidilfitri ini dalam suasana peralihan endemik.

“Kita doakan mereka sentiasa sihat dan selamat menyempurnakan amanah tugas demi keselesaan semua yang menyambut lebaran,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan penggunaan tenaga elektrik meningkat dalam tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal berikutan orang ramai rancak membuat persiapan akhir terutama pada malam Aidilfitri diikuti pelbagai aktiviti sambutan dua hari berikutnya.

Sementara itu, Persatuan Wanita TNB (PELITAWANIS) dengan kerjasama Ahli-ahli PELITAWANIS dari lapan cawangan sekitar Lembah Klang berganding bahu menyiapkan 9,900 pek bingkisan kuih raya minggu lalu bagi menghargai anggota yang bertugas pada Syawal.

Yang Dipertua PELITAWANIS TNB, Datin Noor Aizah Abd Karim berkata, kerja-kerja pembungkusan 9,900 bingkisan kuih raya itu bermula 28 Mac hingga selesai pada 20 April lalu dan akan dihantar ke pejabat TNB di seluruh Semenanjung.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI