fbpx

Radzi umum SOP baharu sekolah pukul 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada pukul 3 petang ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pembentangan itu akan dibuat menerusi sidang akhbar khas bagi menjelaskan berhubung pengoperasian sekolah.

Pengumuman itu akan dilaksanakan melalui siaran langsung di laman Facebook rasmi Menteri Kanan Pendidikan serta DidikTV.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan semakan semula langkah kawalan semasa fasa peralihan ke endemik.

Susulan itu, Kosmo! melaporkan KPM akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan sebelum garis panduan baharu tersebut diumumkan petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI