fbpx

Keluarga lancar tabung bantuan demi keadilan Yasin Sulaiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASIN SULAIMAN

PETALING JAYA – Demi mendapatkan keadilan bagi Yasin Sulaiman yang berdepan kemungkinan hukuman gantung sampai mati disebabkan kesalahan mengedar dadah, keluarga penyanyi itu mewujudkan tabung bantuan bertujuan kos pembelaaan di mahkamah.

Abang Yasin iaitu Mohamed Zain yang bertindak sebagai admin akaun Instagram rasmi pelantun lagu Mimpi Laila itu berkongsi satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Assalamualaikum, kiriman ini dihantar bagi pihak keluarga Yasin Sulaiman dengan kebenarannya.

“Untuk menampung kos pembelaan bagi tuduhan yang amat berat terbabit, pihak keluarga Yasin ingin memohon kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan agar dapat membantu Yasin mendapatkan pembelaan yang adil di mahkamah,” katanya.

Ujar Zain, Yasin atau nama sebenarnya, Mohamad Yasin Sulaiman didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengedar kanabis dan kedua, menanam dadah jenis tersebut.

“Pada 31 Mac 2022, Yasin didakwa di mahkamah Petaling Jaya atas dua tuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tuduhan pertama adalah di bawah Seksyen 39B iaitu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis kerana jika kanabis yang ditemui melebihi 200 gram, ia diandaikan untuk pengedaran.

“Tuduhan tersebut membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan. Tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 6B iaitu tuduhan menanam kanabis yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bagi sumbangan luar negara pula, sepupu Yasin di Amerika Syarikat, Aida Maher telah menyediakan akaun gofundme yang tertera perinciannya dalam hantaran terbaharu laman Instagram penyanyi itu.

“Pihak keluarga Yasin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala doa dan sokongan yang diterima daripada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, peminat dan masyarakat umum. Terima kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian,” ujar kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI