fbpx

20 kawasan hitam kerap kemalangan dikenalpasti di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi menyerahkan cederamata kepada salah seorang pengguna LPT 2 pada Ops Selamat peringkat Terengganu di Plaza Tol Kuala Terengganu, Gemuroh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 20 lokasi di Terengganu telah dikenalpasti sebagai kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan maut terutama pada musim perayaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, berkata, ia meliputi empat lokasi masing-masing di daerah Dungun dan Marang dan tiga masing-masing di Kemaman dan Setiu.

Beliau berkata, dua kawasan hitam dikenalpasti masing-masing di Hulu Terengganu dan Besut manakala Kuala Nerus dan Kuala Terengganu pula masing-masing mempunyai satu lokasi.

“Tumpuan lebih akan diberikan terhadap enam lokasi panas di negeri ini yang dijangka berlaku kesesakan lalulintas pada musim perayaan Aidilfitri ini.

“Seramai 877 pegawai dan anggota polis akan dikerahkan mengawal trafik di kawasan panas terlibat sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 18 bermula esok (hari ini) hingga 8 Mei ini,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat peringkat Terengganu di Plaza Tol Kuala Terengganu, Gemuroh di sini hari ini.

Rohaimi berkata, kadar kemalangan di Terengganu sejak awal tahun ini meningkat kepada 3,571 kes iaitu peningkatan 22 peratus berbanding 2,919 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI