fbpx

Berbasikal di jalan raya mengundang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video sekumpulan penunggang basikal menunggang secara beramai-ramai di sebuah jalan raya pada waktu malam.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di jalan raya pada waktu malam mengundang kritikan orang ramai.

Rakaman video perbuatan penunggang basikal terbabit menggunakan sepenuhnya salah satu lorong di jalan raya berkenaan dikongsikan oleh aron_zim di media sosial.

Rata-rata netizen berpandangan perbuatan penunggang basikal terbabit membahayakan nyawa mereka dan juga pengguna jalan raya lain.

“Bila dah kena langgar cakap kereta salah, inilah akibat sekarang,” kata pemilik akaun media sosial, vk Kumar 1212.

“Kayuh ramai berkelompok macam ini sepatutnya kena ada pengiring. Kalau kayuh dalam satu barisan tiada masalah,” ujar Mr.BlacKKuma.

Sementara itu, Hades’Babe berkata, beliau meminta agar pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Selalu tengok polis tahan mat rempit, apa kata tahan geng basikal tanpa permit macam ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI