fbpx

9 tan babi dalam tin dirampas Maqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian produk babi dalam tin yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT di Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk sebuah kontena yang mengandungi kira-kira 9 tan produk babi tanpa permit semasa pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini kelmarin.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib, hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasanya mendapati kontena itu membawa 1,125 kotak produk babi.

“Justeru, kita merampas sebanyak 9,180 kilogram produk babi yang telah ditinkan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM453,600.

“Produk dari China itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana diimport tanpa permit import Maqis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, perbuatan itu adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI