fbpx

‘Runner’ dicekup tak sempat hantar mercun kepada pembeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menunjukkan mercun yang dirampas dalam serbuan di Kampung Paya Tinggal, Mersing semalam.

MERSING – Seorang lelaki bertindak sebagai ‘runner’ menjual mercun dengan mengambil tempahan menerusi aplikasi WhatsApp ditahan di kawasan Kampung Paya Tinggal berhampiran laut Kem Sekakap di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awam, pasukannya telah melancarkan Ops Kontraban dan telah berjaya menahan sebuah kereta Perodua Bezza yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Ketika pemeriksaan telah menemui sejumlah mercun dan bunga api yang tidak mempunyai dokumen yang sah, disembunyikan pada bahagian simpanan barang yang dianggarkan bernilai RM2,000.

“Pemandu yang juga pemilik kenderaan tersebut mengaku bahawa mercun dan bunga api tersebut adalah miliknya.

“Barang larangan tersebut adalah tempahan yang diterima olehnya untuk dihantar kepada pembeli melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua rampasan telah dibawa balik ke PPM Mersing untuk tindakan selanjutnya sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI