fbpx

Ramalan cuaca buruk di utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di Kedah dan Pulau Pinang dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga susulan ramalan cuaca buruk yang dijangka berlaku sehingga pukul 2 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook sebentar tadi memaklumkan dua negeri terlibat bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga boleh mengakibatkan keadaan angin kencang dalam tempoh tersebut.

Jelasnya, antara kawasan yang terlibat di Kedah adalah sekitar Yan dan Kuala Muda, manakala cuaca buruk itu turut merangkumi keseluruhan negeri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi dua negeri di utara Semenanjung tersebut.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI